Alia Shahira


Life Goes On.
15 February 2013 | 2:39 PM | 0 Words



Allah takkan menguji seseorang itu jika seseorang itu tidak kuat untuk menghadapinya.

Semua yang terjadi, semua yang berlaku, pasti ada hikmahnya *bisik hati*
Husnuzon. Husnuzon. 

Tenang hati, lega sangat-sangat apabila menangis mengadu kat Allah. 
Rasa ringan fikiran bila kita dah mengadu kat Allah, kita dah cerita kat Allah *start crying*
Terima kasih ya Allah. 

Kadang-kadang aku terdetik kat hati, kenapa ALLAH masih menolong aku, membantu aku, sedangkan terlampau banyak dosa yang aku lakukan. 
Terlampau banyak. Aku malu. 
Aku malu dengan Allah atas dosa yang aku lakukan sebelum ni. 
Jahilnya aku dahulu. Rasa nak putar balik masa. Ish.

TQSM, umi, sebab ada sentiasa dengan lya. SENTIASA.
Umi cakap 'Allah uji lya, sebab ALLAH sayang lya'. Umi selalu doakan alia.

Ya Allah, kuatkan tabahkan hati aku untuk menghadapi semua ini.


                              **********************************

Malam tadi result keluar, aku tawakal berserah semuanya kat Allah. 
Sebab aku rasa, aku teruk gila time exam. 
Banyak sangat dugaan sepanjang exam. 
Aku memang pandai berlakon depan kawan, happy happy gelak gelak, makan-makan.
Sampai satu saat, aku menangis depan dorang sebab aku tak dapat tanggung sorang-sorang.
Terima kasih kawan, sebab selalu ada time aku sedih. 
Call umi setiap hari, bila dengar suara umi. Hilang sikit rasa sedih semua tu.
Ingat lagi ayat umi 

'Alia Shahiraaaa ni, dari UPSR sampai la sekarang tak pernah tak menangis time exam, jadilah macam adek ira, adek iqa, dorang chill gelak2 je time exam. Adek ira lagi, Spm pon mcm takde exam je'

aku memang, manje sikit. tak pernah tak menangis time exam. tiap hari suh umi ayah buat solat hajat, siap suruh adek adek buat solat hajat sekali. 

And Alhamdulillah for the result. 
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH. 
Terima kasih ya Allah terima kasih.
Takde rasa happy yang teramat sangat selain melihat umi ayah kita tersenyum dengan result.

sebab sehari sblm tu aku dah cakap awal awal dengan umi

'umi lya minta maaf maybe result kali ni turun sebab lya tak focus time study'
then umi replied 'Jangan lah cakap mcm tu, banyakkan tawakal berdoa kat Allah'

Bersangka baik. Itu yang aku try pegang, insyaAllah. 

Doakan saya kuat! fighting! Moga semuanya baik baik sahaja.











| -New-